Friday, February 12, 2010

Agro Bazaar Ulu Bernam


PENGENALAN

Bangunan Agro Bazaar Ulu Bernam pada mulanya berasal dari sebuah bangunan terbengkalai di bawah kendalian PLUS dengan keluasan lebih 5,000 kaki persegi. FAMA telah membangunkan semula bangunan dan telah siap dibaik pulih. Ia telah mula beroperasi pada 7 Julai 2007.
Pembukaan kompleks ini telah mengembangan lagi penyertaan FAMA dalam menyediakan kemudahan promosi dan pasaran yang seumpamanya seperti di Agro Bazaar di Air Keroh, Melaka; Seremban, Negeri Sembilan dan Kuala Kangsar, Perak.
Agro Bazaar Ulu Bernam mempunyai 5 unit kedai utama dalam pelbagai saiz dan dilengkapi dengan 6 unit kiosk mudah alih. Ia juga menyediakan kemudahan seperti 2 bilik air (lelaki & perempuan) dengan 12 unit tandas awam, sinki, telefon awam dan television untuk kegunaan pengunjung dan pelanggan.

LOKASI

Agro Bazaar Ulu Bernam terletak di kilometer 326 arah selatan Hentian R&R PLUS Ulu Bernam, Selangor Darul Ehsan, 5 km dari bandar Tanjung Malim, Perak Darul Ridzwan, 70 km dari Kuala Lumpur dan 85 km dari hentian R&R PLUS Tapah

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Agro Bazaar Ulu Bernam adalah mewujudkan suatu saluran tambahan untuk mempromosi dan menambahkan ruang pasaran khususnya bagi produk-produk industri kecil & sederhana berasaskan hasil tani atau industri kampung. Ia juga memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya pengguna-pengguna lebuhraya untuk membeli atau mendapatkan maklumat berkaitan produk-produk berkenaan yang mana ia didatangkan dari seluruh Malaysia. Di samping itu, mereka juga dapat menikmati beberapa makanan popular Malaysia dan merehatkan diri setelah memandu di lebuhraya.

KONSEP

- Menjual produk atau barangan yang berbeza dengan pesaing terutamanya dari aspek pembungkusan yang lebih menarik, berkualiti dan nilai belian yang tinggi.
- Pemilihan menu makanan yang terhad untuk mengawal kualiti, menonjolkan menu atau produk dengan lebih menarik di samping meningkatkan keupayaan untuk mengawal kos operasi.
- Menyediakan lain-lain kemudahan atau barangan yang menjadi tarikan dan keperluan pengunjung.

KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN UTAMA

- Penyewaan secara tetap 5 unit ruang niaga(telah dipenuhi) kepada usahawan-usahawan yang sesuai dengan kadar sewa diantara RM800 hingga RM2,000 sebulan tidak termasuk lain-lain bayaran perkhidmatan.
- Penyewaan 6 unit kiosk secara harian atau bermusim kepada usahawan yang berminat untuk mempromosi produk dengan kadar bayaran istimewa RM30 sehari atau RM450 sebulan.
- Perkhidmatan perundingan dan pembangunan usahawan


USAHAWAN DAN PRODUK

KEDAI 1
Pak Tam Katering Sdn Bhd – Menjual Kopi Special, Aneka sup,Mee Rebus, Rojak,Nasi Kandar & Minuman Terpilih

KEDAI 2
FAMA IAT – Menjual produk Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan industri kampung termasuk produk keluaran FAMA dan lain-lain agensi yang berkaitan.

KEDAI 3
Sha-Fi-Na Kraftangan – Menjual beraneka produk kraftangan tempatan dan hiasan rumah

KEDAI 4
Heng Foong Fruit Trading – menjual buah-buahan tempatan

KEDAI 5
Nasi Ayam SA Malaysia – Menjual minuman, Nasi Ayam, Lemang dan Laksa.

KEDAI 6
QPX Nasi Lemak – Menjual Nasi Lemak Berlauk dengan pelbagai jenis lauk.

KIOSK 1, 2 dan 3
Menjual barangan kraftangan tempatan dan hiasan rumah

KIOSK 4
Menjual Rendang Tok

KIOSK 5
Menjual pakaian dan hiasan diri

KIOSK 6
Menjual pelbagai jenis Aiskrim

RUANG LEGAR
Menjual produk tembikar dan Labu Sayong

RUMUSAN
Kemudahan yang disediakan di Agro Bazaar berpotensi untuk usahawan yang mempunyai produk yang menonjol, berkualiti, perkhidmatan pelanggan yang cekap dan mempunyai daya tahan yang tinggi.